Like us On FACEBOOK

Pages

Saturday, February 19, 2011

Honda CBR 250R sudah dilancarkan 2011









Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) telah melancarkan motosikal dalam kategori ‘superbike’ yang dinanti-nantikan, Honda CBR250R yang akan berada di pasaran mulai Mac ini. Pelancaran motosikal tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Boon Siew Honda, Shoichi Harada pada Majlis Pelancaran dan Pandu Uji CBR250R di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kelmarin. Motosikal itu diperkenalkan di Thailand pada Oktober 2010, kini dibawa masuk secara kenderaan siap bina (CBU) untuk pasaran Malaysia dan dijual dalam dua versi iaitu CBR250R standard pada harga RM18,799 seunit dan CBR250R ABS pada harga RM21,799 seunit.

Honda CBR250R menggunakan enjin suntikan CS250RE, penyejukan cecair 4 lejang DOHC dan satu silinder, menjadi taruhan terbaru Boon Siew Honda Sdn. Bhd. di negara ini, juga dicipta untuk lebih sporty, selamat dan selesa. Rekaan model itu ditampilkan lebih aerodinamik dengan bentuk lampu depan dan belakang unik namun praktikal, sesuai dengan citarasa dan gaya generasi muda-mudi masa kini. Selain itu, meter kelajuan digital yang moden dan futuristik dengan rekaan canggih akan memberi maklumat lengkap kepada penunggang.

Model yang turut dikenali sebagai Honda MC41 itu menawarkan keselesaan pemanduan, kelajuan, mampu milik dan pelepasan karbon dioksida (CO2) yang rendah. Ia menggunakan enjin penyejuk cecair 250cc empat lejang DOHC satu silinder yang menepati piawaian emisi Euro 3. Sistem minyak menggunakan teknologi Honda yang terkenal iaitu PGM-FI dan sensor 02 dengan catalyzer dalam ekzos. Versi standard menampilkan tiga warna menarik iaitu merah, kelabu dan hitam dengan berat keseluruhan 161 kg, manakala versi ABS tersedia pilihan warna merah dan kelabu dengan berat 165 kg.

Ketua Pemasaran Boon Siew Honda Sdn. Bhd., Hitoshi Yamazaki berkata, dengan pelancaran motosikal tersebut, syarikatnya menyasarkan untuk menjual sebanyak 200 unit motosikal itu pada tahun ini. Model CBR150R pula tidak akan dikeluarkan lagi Honda untuk pasaran negara ini memandangkan CBR250R sebagai pengganti.

p/s : Honda CBR250R sememangnya sebuah motosikal yang mantap dan terbaik dalam kelasnya. Harga yang ditawarkan bagi saya boleh dikatakan berpatutan. Dengan enjin 250cc dan mempunyai pengendalian dan corak tunggangan seperti ‘superbike’ sebenar, Honda CBR250R sukar untuk dilepaskan.

Sumber : Utusan Malaysia, 18 Februari 2011 & Berita Harian, 18 Februari 2011


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...