Like us On FACEBOOK

Pages

Monday, March 21, 2011

Perodua Myvi 2011






PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan model Myvi yang dipertingkatkan dengan ciri baru berkuasa 1.3 liter pada Mei manakala model berkuasa 1.5 liter pada Julai atau September tahun ini.

Beberapa perubahan besar dilakukan membabitkan ruang dalaman dan luaran model itu antaranya papan pemuka baru, reka bentuk depan dan belakang lebih sporty serta warna baru bagi model berkuasa 1.5 liter.

“Model baru Myvi ini mengalami perubahan saiz dimana saiznya dikecilkan sedikit berbanding model sekarang dan kusyen tempat duduk ditebalkan bagi menambahkan keselesaan kepada penumpang selain menggunakan papan pemuka baru, sekali gus menjadikan model berkenaan lebih bergaya.


Beliau berkata, model Myvi pertama kali diperkenalkan di pasaran pada 2005 dan menerusi model baru ini, Perodua turut memperkenalkan enjin berkuasa 1.5 liter yang kini digunakan pada model Alza menjadikan model berkenaan lebih berkuasa dan menjimatkan penggunaan minyak.

Difahamkan gambar mengenai model berkenaan juga sudah mula tersiar menerusi beberapa laman web automotif dan ketika ditanya mengenai harga jualan bagi model berkenaan, sumber itu berkata bagi model berkuasa 1.3 liter akan dijual lebih tinggi sedikit daripada model sekarang manakala harga bagi model 1.5 liter lebih rendah daripada model Perodua Alza.


Bagaimanapun, beliau berkata, harga atas jalan bagi kedua-dua versi Myvi itu masih menunggu kelulusan daripada kerajaan dan dijangka harga bagi model 1.3 liter diumumkan tidak lama lagi.

Ketika ini, harga bagi model Myvi 1.3 liter SX (metalik) misalnya dijual pada harga atas jalan (OTR) termasuk insurans RM43,900 manakala harga Alza 1.5 liter GX (metalik) dijual pada harga RM55,900 seunit.

sumber:metro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...